Friday, 22 June 2012

KEISTIMEWAAN NONI

BSY Noni enzim atau Pati Noni ialah pati atau ekstrak jus tulin buah Noni atau mengkudu yang juga dikenali sebagai Noni leaven atau enzim Noni yang terhasil daripada ekstrak  tulin 100% Morinda Citrifolia iaitu ratu buah mengkudu. BSY Noni Enzim telah terbukti membantu proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit kronik diantaranya diabetes, stroke, lumpuh, sopak kulit, psoriasis, cancer dan sebagainya. 



Buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Tinctoria atau Morinda Citrifolia boleh diekstrak patinya untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara ianya ditemui antaranya “Noni” di Hawaii, Polynesia; “Nono” di Tahiti; “Lada” di Guam; “Indian Mulberry” di India; “Painkiller Tree” di Kepulauan Caribean; “Nhau” di sebahagian Asia Tenggara; “Cheesefruit” di Australia; “Bumbo” di Afrika dan “Kura” di Fiji. 
Buah mengkudu mengandungi bahan yang dipanggil “xeronine”. Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid “proxeronine” dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime “bromelin” dalam buah nenas. Kandungan “proxeronine” dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.  


Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus “xeronine” yang dipanggil sebagai “proxeronine” di samping terdapat enzim yang membantu “proxeronine” membentuk “xeronine” dan seterusnya mempertingkatkan sistem pertahanan badan manusia secara semulajadi tanpa sebarang campuran bahan kemikal, pewarna dan perasa tiruan. BSY Noni enzim ini telahpun mendapat kelulusan MAL daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Diantara kepentingan xeronine kepada tubuh manusia :
  • Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
  • Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil – sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
  • Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
  • Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
  • Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.